Monday 16 January 2012

Apa itu Jailbreak?

So, saya akan mulakan dengan post pertama saya iaitu apa itu jailbreak?
Jailbreak adalah proses dimana ia mendapatkan sepenuhnya penulisan akses (write access) ke dalam semua bahagian iPhone. Ia dilakukan dengan memasukkan patch etc/fstab/ supaya semua bahagian di dalam iPhone menjadi read-write (boleh diakses dan dibaca). Apple telah mengunci semua akses ke dalam cip iPhone supaya software yang tidak didaftar dengan rasmi tidak dapat diakses sepenuhnya ke dalam iPhone. Bermakna, tiada application crack boleh di install ke dalam iPhone. Bijak bukan? Jailbreak agak berlainan dengan unlock. Jailbreak merupakan benda pertama yang anda perlu lakukan sebelum melakukan unofficial unlock. Jailbreak bukan sahaja diperlukan untuk iPhone, malah juga diperlukan untuk iPod dan juga iPad.

Jailbreak Terbahagi Kepada 2:

Tethered Jailbreak:
Tethered bermaksud 'attach' atau dalam bahasa melayu kita panggil sambung. IDevice anda akan gagal untuk start semula jika anda menggunakan tether jailbreak. Kepada yang tidak mempunyai ilmu tentang jailbreak, pastikan anda tidak off device anda kerana apabila iphone anda sudah di 'off' (etc.kehabis bateri), anda tidak akan dapat on semula dan device anda biasanya akan stuck pada apple logo. Di dalam tethered jailbreak, anda perlu menyambung IPhone/IPod/IPad anda kepada PC melalui kabel (dock connector) untuk restart semula IPhone/IPod/IPad anda seperti biasa. Biasanya proses ini dilakukan melalui redsn0w.

Semi-Tether Jailbreak:
Semi tether merupakan salah satu cabang dalam Tether Jailbreak. Tetapi apa yang bagus nya semi tether ni, anda boleh restart device seperti biasa tanpa stuck pada apple logo. Anda juga tidak perlu sambung kepada PC untuk start device. Tetapi anda akan mempunyai beberapa masalah iaitu beberapa Application seperti Safari akan crash dan tidak dapat menggunakan cydia.

Untethered Jailbreak:
Untethered Jailbreak merupakan jailbreak yang paling perfect setakat ini. Kebanyakan device dan firmware boleh dijailbreak menggunakan Untethered Jailbreak. Dengan untethered jailbreak, anda boleh restart iDevice anda tanpa sebarang masalah.

Antara software Jailbreak yang biasa digunakan adalah:

IOS:
JailbreakMe : Jailbreak tanpa menggunakan software, ia akan run sendiri pada idevice anda, Jailbreakme hanya menyokong IOS 1.0-1.1.1,3.1.2-4.0.1(no 3.2.2) dan 4.3-4.3.3


MAC OS:

  • Spirit
  • blackra1n
  • greenpois0n
  • limera1n
  • PwnageTool
  • redsn0w

Windows:
  • Spirit
  • blackra1n
  • greenpois0n
  • limera1n
  • redsn0w
  • sn0wbreeze



1 comment:

  1. sedang berkira2 untuk membeli iphone secondhand...time kasih untuk maklumat anda yek...

    ReplyDelete