Thursday 26 January 2012

Tweak 1- SiriToggles

SiriToggles merupakan salah satu tweak yang mesti ada untuk IPhone 4S yang menyokong Siri. SiriToggles merupakan tweak dari cydia dimana ia digunakan untuk menambah arahan pada Siri. Applikasi ini digunakan untuk membuka apa2 aplikasi dari IPhone 4S anda menggunakan Siri. Hanya dengan berkata ''Open facebook'', Siri akan membuka applikasi facebook untuk anda. Lihat gambar di bawah:

Dengan berat 7Kb, sesiapa pun mampu mendownload applikasi ini. Applikasi ini boleh didapati secara percuma. Hanya buka cydia, search siritoggles dan install. Kemudian respring IPhone anda. Selamat mencuba :)

Cara Nak Jailbreak IPhone 4S/ IPad 2 IOS 5.0.1 menggunakan absinthe [Untethered]

Cara jailbreak:


1. Muat turun file Absinthe dan letakkan di desktop bagi memudahkan pencarian. Fail Absinthe disediakan di link di atas.

2. Buka fail Absinthe. Sambungkan IPhone 4S/IPad 2 anda dengan kabel USB dan pilih jailbreak.

3. Biarkan Absinthe melakukan kerja-kerja jailbreak. IPhone 4S/IPad 2 anda akan kelihatan seperti sedang melakukan proses restore.

 
4. Setelah selesai, IPhone 4S/IPad 2 anda akan restart. Di homescreen, anda akan dapat melihat icon Absinthe. Tap icon tersebut.

5. Absinthe akan memaparkan website chronic team atau screen putih dan menyebabkan peranti-i A5 anda restart semula. (sekiranya tidak berjaya, cuba tekan semula icon Absinthe sehingga berjaya )

6. Setelah peranti-i A5 anda on semula, anda akan dapat melihat icon Cydia. Tahniah!!! Anda telah berjaya jailbreak peranti-i A5 anda. 

 

7. Masuk ke Cydia dan pilih user. Biarkan Cydia memuat turun segala fail dan akan sekali lagi menyebabkan peranti-i A5 anda restart.

8. Masukkan source yang anda kehendaki. .Source yang penting perlu anda install setelah jailbreak ialah hackulo. Dengan bantuan hackulo, anda dapat menginstall pelbagai aplikasi crack secara percuma menggunakan installous. Sila lihat tutorial memasukkan installous dari cydia di sini

P/S: Seelok-eloknya lakukan jailbreak setelah clean restore firmware anda terutamanya iPad 2 kerana Absinthe akan mengambil masa yang sangat lama untuk melakukan jailbreak bagi iPad 2 yang sarat dengan aplikasi. Selamat mencuba.


Friday 20 January 2012

Jailbreak IPhone 4S- ''Sudah Tidah lama lagi'' p0sixninja

Mungkin yang sudah lama menggunakan IPhone 4S pasti menantikan Jailbreak untuk IPhone 4S. Salah seorang hacker/jailbreaker IOS, p0sixninja menjelaskan di dalam alamat tweeternya bahawa jailbreak untuk IPhone 4S sudah tidak lama lagi.
p0sixninja merupakan ketua di dalam geng2 jailbreaker selain daripada Saurik. Banyak lagi hacker IOS seperti p0d2g dan juga musclenerd yang sedang bekerja untuk jailbreak iphone 4S. Mereka telah pun berjaya melakukan jailbreak ke atas cip A5 setakat ini terhadap kedua dua Idevice iaitu iphone 4S dan juga IPad 2. Jadi, marilah kita sama-sama menantikan kelancaran Jailbreak untethered untuk kedua dua idevice ini yang akan keluar tidak lama lagi dan kemungkinannya minggu depan :)

Thursday 19 January 2012

Install Siri Pada IPod Touch

Bunyinya macam mustahil, tapi itulah kenyataan nya. Sekarang ni kita telah lihat banyak pengusaha serta hacker idevice sedang mencuba sedaya upaya untuk memasukkan port Siri ke dalam idevice lama. Tapi boleh ke? Jawapannya pasti ya! Seorang lelaki telah berjaya memasukkan port Siri ke dalam IPod Touch nya tanpa menggunakan apa apa application. Beliau hanya memulihkan (restoring) ipod touch beliau daripada profil iPhone 4S nya.

Bagaimana ianya boleh berlaku? Lelaki yang bernama Gordon itu berkata, baru baru ini ia telah membeli Ipod Touch model lama berwarna putih. Sebagai idevice baru, beliau tidak mahu 'set up' kepada device baru, tetapi beliau ingin restore daripada profil 'back up' IPhone 4S nya melalui iCloud.

Setelah proses pemulihan (restore) itu siap, dia mendapati Siri telah di pasang di dalam ipod touch nya. Walaupun dia mendapati Siri tersebut belum lagi bersambung pada server Apple, tetapi ianya berhasil dengan sempurna.. Sangat menarik :)


Anda masih ragu ragu dan sukar untuk mempercayai? baik, mari lihat video dibawah.
Haa, kepada sesiapa yang mengidam nak pakai Siri tapi tak mampu nak beli IPhone 4S, boleh try cara ni. Mintak la pinjam member2 punya IPhone 4S, restore guna diorang punya iCloud. Kalau tak jadi, try jailbreak dulu IPod korang dan cuba lagi sekali. Good Luck! :)

Monday 16 January 2012

Jailbreak IOS 5.0.1 (Untethered)


Sebenarnya ada 2 cara untuk jailbreak IOS 5.0.1 untethered. Jika anda sudah jailbreak idevice anda menggunakan tethered jailbreak, inilah masanya untuk upgrade kepada untethered jailbreak! Anda hanya perlu download sahaja pakej cydia ataupun terus menggunakan cydia pada komputer anda.

P/S: Jailbreak ini tidak akan berhasil untuk IPhone 4S dan juga IPad 2.

Cara Pertama:
Jika anda sudah pun menggunakan tethered jailbreak pada iphone anda, hanya buka cydia dan cari/search pakej bernama 'Corona'. Hanya install dan idevice anda akan terus menjadi untethered jailbreak! :)


Cara Kedua: Untuk idevice yang baru hendak di jailbreak.
Kepada yang baru pertama kali hendak jailbreak idevice, pastikan ikut langkah2 di bawah dengan teliti. Juga pastikan idevice anda telah di update kepada ios 5.0.1. Jika belum, update sekarang sebelum terlambat menggunakan iTunes.

Step pertama sila download Redsnow yang terbaru di sini

Selepas itu, buka redsn0w dan anda akan lihat seperti ini:

Pilih Jailbreak, kemudian tekan next dan seterusnya anda akan dapat lihat seperti ini :
 OK, masa step ini anda sudah boleh sambungkan device anda pada komputer dan pastikan idevice anda telah di OFF kan.

Ikut arahan pada skrin redsn0w tersebut untuk meletakkan idevice anda dalam keadaan DFU Mode. Skrin anda akan dilihat seperti ini:
Setelah idevice anda berjaya diletakkan dalam DFU Mode, proses seterusnya akan dilakukan oleh Redsn0w. Biarkan sehingga selesai.. Dalam beberapa minit, Pfffft! IPhone anda berjaya di jailbreak :)


P/S: Cara jailbreak di atas hanya menyokong IPhone 4, IPhone 3GS, IPod Touch 4G, IPod Touch 3G dan juga IPad 1 yang menggunakan IOS 5.

Apa itu Jailbreak?

So, saya akan mulakan dengan post pertama saya iaitu apa itu jailbreak?
Jailbreak adalah proses dimana ia mendapatkan sepenuhnya penulisan akses (write access) ke dalam semua bahagian iPhone. Ia dilakukan dengan memasukkan patch etc/fstab/ supaya semua bahagian di dalam iPhone menjadi read-write (boleh diakses dan dibaca). Apple telah mengunci semua akses ke dalam cip iPhone supaya software yang tidak didaftar dengan rasmi tidak dapat diakses sepenuhnya ke dalam iPhone. Bermakna, tiada application crack boleh di install ke dalam iPhone. Bijak bukan? Jailbreak agak berlainan dengan unlock. Jailbreak merupakan benda pertama yang anda perlu lakukan sebelum melakukan unofficial unlock. Jailbreak bukan sahaja diperlukan untuk iPhone, malah juga diperlukan untuk iPod dan juga iPad.

Jailbreak Terbahagi Kepada 2:

Tethered Jailbreak:
Tethered bermaksud 'attach' atau dalam bahasa melayu kita panggil sambung. IDevice anda akan gagal untuk start semula jika anda menggunakan tether jailbreak. Kepada yang tidak mempunyai ilmu tentang jailbreak, pastikan anda tidak off device anda kerana apabila iphone anda sudah di 'off' (etc.kehabis bateri), anda tidak akan dapat on semula dan device anda biasanya akan stuck pada apple logo. Di dalam tethered jailbreak, anda perlu menyambung IPhone/IPod/IPad anda kepada PC melalui kabel (dock connector) untuk restart semula IPhone/IPod/IPad anda seperti biasa. Biasanya proses ini dilakukan melalui redsn0w.

Semi-Tether Jailbreak:
Semi tether merupakan salah satu cabang dalam Tether Jailbreak. Tetapi apa yang bagus nya semi tether ni, anda boleh restart device seperti biasa tanpa stuck pada apple logo. Anda juga tidak perlu sambung kepada PC untuk start device. Tetapi anda akan mempunyai beberapa masalah iaitu beberapa Application seperti Safari akan crash dan tidak dapat menggunakan cydia.

Untethered Jailbreak:
Untethered Jailbreak merupakan jailbreak yang paling perfect setakat ini. Kebanyakan device dan firmware boleh dijailbreak menggunakan Untethered Jailbreak. Dengan untethered jailbreak, anda boleh restart iDevice anda tanpa sebarang masalah.

Antara software Jailbreak yang biasa digunakan adalah:

IOS:
JailbreakMe : Jailbreak tanpa menggunakan software, ia akan run sendiri pada idevice anda, Jailbreakme hanya menyokong IOS 1.0-1.1.1,3.1.2-4.0.1(no 3.2.2) dan 4.3-4.3.3


MAC OS:

  • Spirit
  • blackra1n
  • greenpois0n
  • limera1n
  • PwnageTool
  • redsn0w

Windows:
  • Spirit
  • blackra1n
  • greenpois0n
  • limera1n
  • redsn0w
  • sn0wbreeze



Blog Ke-2 Segalanya Tentang Iphone :)

Oh Yes, Ini merupakan blog ke-2 saya mengenai IPhone. Blog lama sudahpun ditutup atas sebab sebab tertentu. Saya akan kongsikan pengalaman terbaru disini. Sebenarnya banyak Ilmu tentang iphone ni yang kita tidak ketahui. So, apa salahnya berkongsi ilmu dan pengalaman kan? Di dalam blog ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang iphone, berkongsi mengenai info terbaru serta jailbreak dan juga unlock iphone.

So, nantikan pos saya yang seterusnya :)