Thursday 19 January 2012

Install Siri Pada IPod Touch

Bunyinya macam mustahil, tapi itulah kenyataan nya. Sekarang ni kita telah lihat banyak pengusaha serta hacker idevice sedang mencuba sedaya upaya untuk memasukkan port Siri ke dalam idevice lama. Tapi boleh ke? Jawapannya pasti ya! Seorang lelaki telah berjaya memasukkan port Siri ke dalam IPod Touch nya tanpa menggunakan apa apa application. Beliau hanya memulihkan (restoring) ipod touch beliau daripada profil iPhone 4S nya.

Bagaimana ianya boleh berlaku? Lelaki yang bernama Gordon itu berkata, baru baru ini ia telah membeli Ipod Touch model lama berwarna putih. Sebagai idevice baru, beliau tidak mahu 'set up' kepada device baru, tetapi beliau ingin restore daripada profil 'back up' IPhone 4S nya melalui iCloud.

Setelah proses pemulihan (restore) itu siap, dia mendapati Siri telah di pasang di dalam ipod touch nya. Walaupun dia mendapati Siri tersebut belum lagi bersambung pada server Apple, tetapi ianya berhasil dengan sempurna.. Sangat menarik :)


Anda masih ragu ragu dan sukar untuk mempercayai? baik, mari lihat video dibawah.
Haa, kepada sesiapa yang mengidam nak pakai Siri tapi tak mampu nak beli IPhone 4S, boleh try cara ni. Mintak la pinjam member2 punya IPhone 4S, restore guna diorang punya iCloud. Kalau tak jadi, try jailbreak dulu IPod korang dan cuba lagi sekali. Good Luck! :)

No comments:

Post a Comment