Monday, 16 January 2012

Jailbreak IOS 5.0.1 (Untethered)


Sebenarnya ada 2 cara untuk jailbreak IOS 5.0.1 untethered. Jika anda sudah jailbreak idevice anda menggunakan tethered jailbreak, inilah masanya untuk upgrade kepada untethered jailbreak! Anda hanya perlu download sahaja pakej cydia ataupun terus menggunakan cydia pada komputer anda.

P/S: Jailbreak ini tidak akan berhasil untuk IPhone 4S dan juga IPad 2.

Cara Pertama:
Jika anda sudah pun menggunakan tethered jailbreak pada iphone anda, hanya buka cydia dan cari/search pakej bernama 'Corona'. Hanya install dan idevice anda akan terus menjadi untethered jailbreak! :)


Cara Kedua: Untuk idevice yang baru hendak di jailbreak.
Kepada yang baru pertama kali hendak jailbreak idevice, pastikan ikut langkah2 di bawah dengan teliti. Juga pastikan idevice anda telah di update kepada ios 5.0.1. Jika belum, update sekarang sebelum terlambat menggunakan iTunes.

Step pertama sila download Redsnow yang terbaru di sini

Selepas itu, buka redsn0w dan anda akan lihat seperti ini:

Pilih Jailbreak, kemudian tekan next dan seterusnya anda akan dapat lihat seperti ini :
 OK, masa step ini anda sudah boleh sambungkan device anda pada komputer dan pastikan idevice anda telah di OFF kan.

Ikut arahan pada skrin redsn0w tersebut untuk meletakkan idevice anda dalam keadaan DFU Mode. Skrin anda akan dilihat seperti ini:
Setelah idevice anda berjaya diletakkan dalam DFU Mode, proses seterusnya akan dilakukan oleh Redsn0w. Biarkan sehingga selesai.. Dalam beberapa minit, Pfffft! IPhone anda berjaya di jailbreak :)


P/S: Cara jailbreak di atas hanya menyokong IPhone 4, IPhone 3GS, IPod Touch 4G, IPod Touch 3G dan juga IPad 1 yang menggunakan IOS 5.

No comments:

Post a Comment